Saturday, 16 July 2011

cerite jiwang karat

Dah lama aku tak menulis pasal benda-benda karut ni. Masa korang muda-muda belia dulu aku pasti korang pernah mengalami sindrom rindu-rinduan dan cintan-cintan bodo ni. Aku terkecuali dalam hal ni sebab dulu aku mat rock, so cerita-cerita ni takde kena mengena dengan aku. Kalau ada yang berkaitan dengan aku, itu aku kira kebetulan sahaja. Wah baik punya disclaimer.
Zaman aku sekolah menengah dulu kan, form 1 sampai form 6 sekitar tahun 1980an hingga tahun 1990an lebih kurang lah, ada kejadian-kejadian pelik yang berlaku yang melibatkan soal hati dan perasaan antara kita dan si dia. Si dia tu maksud aku kawan sebaya perempuan atau lelaki lah. Bukan mak cik tukang masak hostel atau pun warden asrama pulak, tak tau lah kalau korang ada yang lain dari yang lain.
Untuk adik-adik yang membaca entry kali ni, pak cik nak ceritakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak korang masa dia orang muda-muda dulu. Untuk adik-adik level Gang Bas Sekolah, ini cerita zaman mak ayah adik-adik ni. Untuk anda pembaca seusia yang sudi baca entry aku kali ini, ini cerita kita.
Orait..
Masa baru sekolah menengah dah pun ada hati nak berkasih nak bercinta. Belajar belum habis dah sibuk nak bercouple. Sama lah macam hari ni, minat kat budak sekelas, budak kelas sebelah, admirer kat orang tu dan secret admirer kat orang ni. Tapi dulu punya cerita, email takde SMS apatah lagi so kalau minat tu mintak tolong kawan-kawan kirim salam jer lah. Lagi famous orang tu, lagi lah hari-hari orang kirim salam, nak berkenalan nak jadi adik abang angkat, nak jadi bopren dan gepren.
Lepas tu hantar surat, nak berkenalan. Bau surat mak aiii.. wangiiii, envelope warna biru muda atau pink. Huhuhu.. yang low budget pakai letak bedak cuticura je.
“Salam di angin lalu membawa kata-kata rindu ku buat mu. Semoga kau tenang di samping tugasan seharian. Ku pohon maaf seandainya warkah ini mengganggumu…”
Perhh.. karang bang.. karat. Sorry lah aku tak pandai nak karang surat macam ni, ayat tu pun dia datang sendiri jer tapi itulah lebih kurang surat jiwang yang dia orang tu tulis, aku tolong tuliskan jer. Majalah Remaja masa tu banyak menyumbangkan idea-idea kepada puak-puak jiwang karat ni, aku pun baca jugaklah yang kakak aku beli.
Lepas tu bila hujung minggu pergi dating. Kalau di Kuala Terengganu dulu, tempat yang paling jadi tumpuan golongan jiwang ni ialah di A&W kat tengah-tengah bandar KT tu, Pantai Batu Buruk, Taman Bunga Shahbandar dekat Istana Maziah, panggung wayang Rex dan Cathay, library awam dan Emporium Hock Kee Seng hehehe..
Nanti lah aku sambung.. cari feel dulu.

Sekali lagi aku ulangi, cerita-cerita ini tidak ada kena mengena dengan aku, kalau ada hanyalah secara kebetulan saja.. he he he.

No comments:

Post a Comment